Doa

"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, Kecantikan ialah kecantikan-Mu, Keindahan itu keindahan-Mu, Kekuatan itu kekuatan-Mu, Kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan Perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah waktu Dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, Limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh." Amin

Ahad, 17 Mac 2013

Aduh Sakitnya Lutut!!!

 Sakit Lutut

Sakit lutut merupakan satu penyakit yang menjadi kebiasaan bagi para golongan 30an-70an di kalangan masyarakat kita. Ia kebanyakannya disebabkan oleh beberapa perkara seperti kehabisan “minyak pelincir” dalam lutut, kesan dari senaman yang salah, atau melakukan aktiviti yang boleh memudaratkan sakit lutut itu sendiri. Pada artikel sebelum ini, kami ada membincangkan satu isu yakni sakit sendi atau Osteoarthritis.


Tanda-tanda sakit lutut.

  1. SECARA umumnya, tanda-tanda seseorang mengalami koyakan pada meniskus selepas sesuatu kecederaan adalah kesakitan pada sendi lutut , kebengkakan pada lutut (mungkin tidak ketara pada peringkat awal) dan kesukaran melakukan pergerakan penuh pada lutut tersebut.
  2. Osteoartritis ditakrifkan sebagai kerosakan atau degenerasi pada permukaan rawan pada sendi – sendi yang mengalami proses penipisan rawan.
  3. Permukaan rawan yang nipis ini lama-kelamaan akan merekah dan membentuk lurah-lurah dan pada waktu ini geseran permukaan sendi akan bertambah menghasilkan bunyi getaran atau krepitus (bunyi meretih) dari sendi tersebut.
  4. Tanda-tanda yang dialami merupakan kesakitan terutamanya apabila bergerak atau berjalan, kebengkakan yang datang dan pergi, dan kekakuan atau kesukaran menggerakkan sendi lutut sepenuhnya seperti kesukaran melakukan solat secara sempurna (duduk di atas lantai)
  5. Rawatan sakit lutut terbahagi kepada dua yakni secara rawatan secara konservatif atau rawatan melalui pembedahan.
Rawatan secara konservatif termasuklah:
  • Mengelakkan pergerakan berlebihan pada lutut , atau rehatkan lutut (sementara)
  • Menggunakan ais untuk membantu mengurangkan kesakitan dan kebengkakan
  • Mengambil ubat penahan sakit sekiranya tiada kontraindikasi
  • Mengambil ubatan glucosamines dan chondroitin bagi membantu memulihkan kondisi rawan (tetapi ia tertakluk kepada tahap kerosakan rawan tersebut)
  • Fisioterapi bagi menguatkan otot-otot paha dan betis, dan menyelaraskan pergerakan lutut
  • Menggunakan tongkat bagi mengurangkan impak ke atas lutut yang cedera
  • Menyuntik ke dalam lutut dengan pelincir tiruan atau hyaluronic acid sebanyak tiga hingga lima kali, bagi membantu melincirkan kembali lutut .

Rawatan
  • Rawatan seterusnya adalah rawatan pembedahan yang dicadangkan kepada pesakit setelah rawatan konservatif tidak memberikan kesan yang positif.
  • Pembedahan yang dimaksudkan adalah pembedahan secara artroskopi ke dalam lutut menggunakan teleskop dan sistem kamera untuk meneropong ke dalam lutut untuk melihat segala patologi atau kerosakan lutut seperti yang digambarkan di atas.
  • Bagi meniskus yang koyak, (bergantung kepada keadaan koyakan tersebut) meniskus yang koyak sedikit, boleh dijahit semula. Akan tetapi untuk koyakan yang kompleks atau koyakan secara degenerasi perlu dinipiskan menggunakan alatan mudah secara artroskopi tanpa perlu pembedahan luka yang besar.
  • Proses pembedahan ini dianggarkan boleh mengambil masa setengah jam hingga satu jam mengikut keseriusan kecederaan.
  • Pada masa yang sama permukaan rawan pada tulang boleh juga dilihat dengan jelas melalui kamera artroskopi dan rawatan sementara bagi memperlahankan proses kerosakan rawan boleh dijalankan.
  • Pembedahan artroskopi adalah amat mudah sehinggakan ia dijalankan secara ‘Daycare’ di beberapa hospital tertentu, dan bius perlu digunakan bagi memudahkan pembedahan ini dijalankan.
  • Harus difahami bahawa proses degenerasi adalah satu proses yang berterusan selagi sendi terus digunakan, oleh itu rawatan-rawatan yang tersebut di atas merupakan rawatan pemulihan sementara dan memperlahankan proses kerosakan rawan.
  • Penjagaan berterusan diperlukan agar tidak berlaku kerosakan pada tahap kritikal yang mana pada tahap ini, hanya rawatan pembedahan major boleh memulihkan sendi semula contohnya pembedahan penggantian sendi lutut secara total.
 Shaklee terdapat Suplemen yang di percayai boleh membantu masalah sakit sendi ini..

 Advanced Joint Health Tablet
Menyokong Kesihatan Sendi Berpanjangan

  • Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi sendi.
  • Shaklee Advanced Joint Health Tablet mengandungi ekstrak unique Boswellia aktif dengan paten tertunda, ekstrak Jagung dan nutrien penting lain termasuk Zink, Tembaga, Mangan dan Vitamin C untuk membantu meningkatkan keselesaan sendi dan pergerakan. Dengan menggunakan tumbuhan dan bahan-bahan berasaskan mineral, Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah formula sayur-sayuran 100%.

 Jaminan Ketulenan Shaklee
Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit
.
 
--->> PM admin untuk maklumat lanjut.                         
Pengedar Shaklee anda :

Yana Ramli

Shaklee ID: 914911
FB  : www.facebook.com/AD2u_Gudvitamin   
Phone : 0149385196
Email : ad2u_gudvitamin@yahoo.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...