Doa

"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, Kecantikan ialah kecantikan-Mu, Keindahan itu keindahan-Mu, Kekuatan itu kekuatan-Mu, Kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan Perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah waktu Dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, Limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh." Amin

Selasa, 12 Mac 2013

Apakah VITAMIN?

Vitamin 

Apa akan terjadi jika tidak ambil vitamin?

  • Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging.

  • Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien.

  • Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal.

  • Berbeza pula sekiranya anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit.

  • Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi.
VITAMIN = Maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. 
Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, karbohidrat, dan lemak dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah  dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen (makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.
Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.
Cuma, kita perlu tahu bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian kita. Terutama, makanan yang kaya dengan nutrien.
Jadi, bagaimana? Bagus kan kalau kita mengamalkan pengambilan vitamin? Tapi, sekiranya anda masih takut untuk makan vitamin, tidak mengapa. Anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut membekalkan vitamin yang tinggi.
**Tapi perlu di ingat kadang-kadang masakan yang kita masak belum tentu mampu mengekalkan khasiat serta nutrien yang terdapat didalam makanan tersebut. Kadangkala khasiat akan hilang ketika proses memasak atau menyediakan makanan. Jadi kita perlu bijak memilih sama ada untuk mengambil suplemen yang sudah jelas khasiatnya atau makanan yang kita pon tidak pasti sebanyak mana khasiat yang terkandung didalam makanan tersebut.
 --->> PM admin untuk maklumat lanjut.
Pengedar Shaklee anda :

Yana Ramli

Shaklee ID: 914911
FB  : www.facebook.com/AD2u_Gudvitamin  / 
Phone :0149385196 /  
Email :ad2u_gudvitamin@yahoo.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...