Doa

"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, Kecantikan ialah kecantikan-Mu, Keindahan itu keindahan-Mu, Kekuatan itu kekuatan-Mu, Kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan Perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah waktu Dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, Limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh." Amin

Khamis, 28 Mac 2013

Kebaikan Penyusuan Susu Ibu Kepada Bayi


Penyusuan susu ibu dapat membantu menjamin kesihatan bayi, mengelakkan penyakit dan mengurangkan kos penjagaan kesihatan serta pembelian susu formula dan makanan bayi.



Antara kebaikan penyusuan susu ibu kepada bayi :

* Antibodi dalam tubuh akan dipindahkan kepada bayi melalui susu ibu. Beberapa bahan pelindung daripada jangkitan telah dikenalpasti terkandung di dalam susu ibu dan bahan ini akan dipindahkan kepada bayi dan seterusnya mampu melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.

* Risiko jangkitan menjadi lebih rendah khususnya bayi yang menyusu susu ibu dengan adanya antibodi. Antara perlindungan yang dibuktikan daripada pelbagai kajian yang dijalankan termasuklah perlindungan daripada kejadian cirit birit. Selain itu susu ibu juga mampu memberikan perlindungan terhadap jangkitan dalam telinga atau otitis media. Selain itu kadar jangkitan lain seperti jangkitan saluran pernafasan dan saluran kencing juga lebih rendah.



* Masalah alahan dapat dielakkan atau sekurang-kurangnya bayi yang mempunyai sejarah alahan dalam keluarga, akan lebih lambat mendapat masalah ini sekiranya mereka diberikan susu ibu terutamanya susu ibu sepenuhnya dalam masa enam bulan pertama selepas dilahirkan.

* Bayi yang diberikan susu ibu secara eksklusif akan mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap penyakit diabetes jenis satu dan obesiti pada masa kanak-kanak dan remaja. Mereka didapati mempunyai purata tekanan darah dan aras kolestrol dalam darah yang lebih rendah apabila dewasa kelak.

* Kebaikan secara langsung kepada bayi kerana mendapat bekalan susu yang sedia ada pada bila-bila masa. Malahan bekalan susu ini akan sentiasa bersama-sama ibu tanpa mengira tempat dan masa. Oleh itu, ibu tidak perlu bersusah payah menyediakan bekalan susu, botol, air panas, air masak dan sebagainya setiap kali ingin keluar rumah.

* Pemberian susu formula juga akan mendedahkan bayi kepada risiko jangkitan dan cirit birit sekiranya penyediaan susu tersebut tidak dilakukan dengan cara yang selamat.

Sumber : 100 Persoalan Mengenai Penyusuan Susu Ibu


                                                              Suplemen Set  Basic Menyusu



 --->> PM admin untuk maklumat lanjut.                         
Pengedar Shaklee anda :

Yana Ramli

FB  : www.facebook.com/AD2uGudmomma
Phone : 0149385196 
Email : ad2ugudmomma@yahoo.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...