Doa

"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, Kecantikan ialah kecantikan-Mu, Keindahan itu keindahan-Mu, Kekuatan itu kekuatan-Mu, Kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan Perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah waktu Dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, Limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh." Amin

Sabtu, 16 Mac 2013

Set Sugar Control Boleh Mengawal Diabetes???




Diabetes / Kencing Manis
 
Penyakit ini adalah penyakit yang popular di Malaysia Ia sering di kaitkan dengan cara pengambilan gula dalam makanan atau minuman harian dalam kuantiti yang melebihi dari keperluan badan seseorang itu. Kita perlu mengambil berat mengenainya supaya penyakit ini tidak mudah datang pada diri kita.

Diabetes yang tidak dikawal dengan betul atau tidak didiagnos boleh merosakkan saluran darah dan saraf. Ini akan memberi kesan kepada jantung, buah pinggang, mata dan kaki (luka yang lambat sembuh) dan menyebabkan penentangan terhadap jangkitan terutamanya di kaki dan buah pinggang. Ingat bahawa, komplikasi mata berlaku secara senyap terutamanya bagi diabetes Jenis II. Adalah penting untuk mengenali gejala-gejalanya lebih awal. Dapatkan pemeriksaan mata lebih kerap dan amalkan kebersihan kaki dengan baik.

 

 Jenis - Jenis Diabetes :
  •  Diabetes Jenis I (IDDM)
  1. -jarang berlaku tetapi keadaannya lebih teruk
  2. -terjadi di kalangan mereka yang lebih muda antara umur 10 hingga 16 tahun
  3. -terjadi begitu cepat (pengeluaran insulin dari pankreas dimusnahkan).
  4. -tidak mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes
  5. -tidak dikaitkan oleh kegemukan atau obesiti.
  6. -pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala amaran yang serius.
  7. -rawatan pemakanan dan suntikan insulin

  • Diabetes Jenis II (NIDDM)
  1. -biasa berlaku
  2. -terjadi di kalangan mereka yang lebih dewasa yang berumur 35 tahun ke atas
  3. -mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetis
  4. -terjadi secara perlahan-lahan (insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi menyebabkan paras glukosa darah meningkat).
  5. -kejadian kegemukan sangat tinggi
  6. -merupakan penyakit yang senyap, selalunya dikesan secara kebetulan atau selepas berlakunya komplikasi.
  7. -Rawatan pemakanan dan ubat makan suntikan insulin (bagi kes-kes tertentu).



Faktor-faktor risiko yang menyebabkan Diabetes ialah
:
  • berat badan yang berlebihan dimana tidak aktif secara fizikal iaitu kurangnya melakukan senaman. 
  • Selain itu, cara pengambilan makanan yang tidak sihat dan sejarah keluarga yang menghidapi diabetes juga juga merupakan faktor risiko. 
  • Terdapat juga faktor-faktor lain seperti umur dan penggunaan ubat yang tidak betul.
  • Antara faktor utama yang mendorong kepada peningkatan diabetes ialah pengaruh makanan Barat dan tuntutan gaya hidup masyarakat hari ini yang semakin mencabar. 
  • Pesakit diabetes mempunyai risiko serangan jantung dan angin ahmar lebih tinggi daripada orang biasa. Mereka perlu mengawal tekanan darah tinggi dan kadar kolesterol dengan berhati-hati.

Sumber Klik SINI 

 Kurangkan gula dalam minuman
 


Gejala atau tanda-tanda Diabetes yang umum terjadi adalah:


  • Dehidrasi
  • Rasa haus terus-menerus
  • Peningkatan frekuensi kencing
  • Kelelahan
  • Penurunan berat badan
  • Gangguan penglihatan
  • Penyembuhan luka yang lama


Bolehkan SHAKLEE SET Sugar Control Mengawal Diabetes / Kencing Manis????


  • Tindakan mengawal paras glukosa dalam darah di samping diet dan senaman boleh mengurangkan risiko komplikasi kencing manis. Sebaik-baiknya, kandungankarbohidrat dalam pemakanan perlu diawasi.Kurangkan kalori dengan memilih makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi dan roti putih. Gantikan dengan roti gandum sekiranya perlu. Berjumpalah dengan pakar pemakanan untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam usaha mengubah tabiat pemakanan yang tidak sihat. Berikut adalah contoh makanan yang sesuai dimakan oleh pesakit diabetes. 


PANDUAN AM UNTUK PESAKIT DIABETES
Anda boleh menikmati tiga hidangan utama iaitu sarapan pagi, makan tengahari, makan malam pada selang masa yang tetap. 
  • Agihkan jumlah pengambilan makanan yang perlu disukat supaya tidak berlebihan pada satu masa tertentu. Makanan yang dihadkan adalah makanan  berkarbohidrat yang akan meningkatkan paras gula darah.
  • Tingkatkan pengambilan serat dalam diet. Ini dapat membantu mengawal paras gula darah dan mengelakkan sembelit. 
  • Sumber serat yang baik adalah bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, kekacang dan biji-bijian. kurangkan pengunaan garam  dalam masakan dan elakkan makanan tinggi kandungan garam.
  • kurangkan jumlah pengambilan lemak atau minyak  terutamanya lemak tepu seperti krim, minyak kelapa, santan dan krim salad. 

 Set Sugar Control

Kebaikan yang terdapat dalam SET SUGAR CONTROL INI ADALAH di percayai:
  • Mengekalkan paras gula sihat dalam darah
  • Melegakan rasa kebas & semut-semutan
  • Membantu menyembuhkan luka  
 Shaklee membekalkan nutrisi yang lengkap di dalam set ini bagi meningkatkan tahap kesihatan penghidap penyakit kencing manis yang lebih baik & sihat... In Shaa Allah dengan IZIN dari-NYA.



  --->> PM admin untuk maklumat lanjut.
Pengedar Shaklee anda :

Yana Ramli

Shaklee ID: 914911
FB  : www.facebook.com/AD2u_Gudvitamin  /
Phone :0149385196 /  
Email :ad2u_gudvitamin@yahoo.com



 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...