Doa

"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, Kecantikan ialah kecantikan-Mu, Keindahan itu keindahan-Mu, Kekuatan itu kekuatan-Mu, Kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan Perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah waktu Dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, Limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh." Amin

Jumaat, 7 Jun 2013

Migrain ,Sakit Kepala? Ada Tak Penawar Selain Dari Ubat/Pain Killler?

Assalammualaikum, Jumaat yang Mulia..

Sapa sini selalu di serang sakit tersebut... Selalunya orang perempuan yang kena kan?? Saya ingat lagi masa zaman-zaman study kat Johor dulu. Kawan-kawan serumah kena serang migrain, hantuk-hantuk kepala kat dinding. ishhh.. siannya.. tarik urat mata katanya.. walaupun dia dah telan panadol... Adakah korang semua macam sahabat saya jugak?? 

haa.. Jom kita semak..





 Migrain ,Sakit Kepala? Ada Tak Penawar Selain Dari Ubat/Pain Killler?
Jawapannya , Ya ada. 

1) ayat suci al-quran baca " La Yusadha'u na anha wala Yunzifun, amin"
2) amalkan pemakanan yang sihat
3) amalkan suplemen secara konsisten. 

Insyaallah...


Migrain dan sakit kepala ni antara masalah yang sering kita dengar.....

"aku ada masalah sakit kepala lah..migrain la.. shaklee ada ubat tak"... saya tak jual ubat yer..mintak maaf .....kalau nak diikut jalan singkat..senang je... telan panadol ke..telan painkiller..reda lah migrain tu kan .kan ..tapi kesan jangka panjang kepada kesihatan? badan je lah yang tahu yer..... saya tak kata supplemen Shaklee ni wajib kene ambil...tapi ianya sebagai alternatif..apa2 pun kita kena lah tahu punca2 maka dapatla cari jalan penyelesaiannya. 
 
Sakit kepala adalah gelaja biasa yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Seperti yang saya dah ceritakan di SINI Biasanya sakit kepala dibahagikan kepada 3 kategori :
§ Sakit kepala kerana tekanan
§ Sakit kepala kerana sinus
§ Sakit kepala kerana migrain
Sakit kepala tekanan 
  • adalah disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang, samada tekanan mental atau fizikal. Jiwa dan pemikiran yang tertekan, tegang, berkecamuk, boleh menyebabkan sakit kepala. Tekanan pada otot-otot di sekitar leher, kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala. Ia juga boleh berlaku apabila seseorang itu mengalami perubahan secara tiba-tiba contohnya dari kawasan redup, tiba-tiba masuk ke kawasan panas, dan sebagainya.
Sakit kepala sinus 
  • ialah disebabkan oleh keradangan sinus yang dihadapi oleh seseorang. Sakit kepala sinus biasanya menyerang dalam kadar sekejap tapi menyengat.
Manakala jenis sakit kepala yang ‘paling popular’ ialah kerana migrain. 

Setakat ini tiada penyebab rasmi yang dikatakan sebagai punca migrain, namun saintis telah mencadangkan beberapa penyebab migrain:

  • §   Kekurangan zat dan nutrisi
  • §   Faktor keturunan
  • §   Kesan dari pengambilan ubat-ubatan
  • §   Wanita yang mengalami haid atau pra-haid
  • §   Terlalu banyak mengambil kafein
  • §   Mengamalkan makanan yang mengandungi MSG dan nitrat
  • Biasanya penderita migrain akan diberi ubat tahan sakit, ubat tahan muntah dan sebagainya bagi mengawal kesakitan mereka. Bagi penderita migrain yang teruk, mereka diberi dos dadah yang agak tinggi agar dapat melalikan sistem badan mereka dari kesakitan yang ditanggung.  

  • Pengambilan ubat-ubatan boleh mendatangkan risiko terhadap kesan jangka panjang kepada kesihatan.Oleh yang demikian, memilih alternatif dengan pengambilan supplement natural adalah langkah terbaik bagi mengatasi masalah migrain. Kenapa supplement lebih baik dari ubat? Kerana ia diperbuat daripada bahan makanan, dan merupakan ekstrak daripada makanan2 yang membekalkan nutrient harian. Berbeza dengan ubat yang diformulasikan di makmal daripada jenis dadah dan sebagainya.

Supplement/vitamin yang sesuai utk merawat migrain:
  • Ostematrix (Kalsium, Magnesium & Vitamin D) ~Ostematrix Shaklee mengandungi Kalsium,Magnesium,Vitamin D)
  • Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing...
  • Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat migrain. Vitamin B lengkap dalam B Complex 

  • Shaklee memastikan anda bukan saja mengurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya. Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca dari pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. begitu juga dengan perkara-perkara lain seperti aktiviti dan sebagainya.
Akhir kata..bak kata seorang sahabat ni...
" Dan timbangkan tentang mengambil vitamin / supplement sebagai pembantu untuk menyelesaikan masalah anda, kerana ia pasti lebih baik dari makan ubat berasaskan dadah secara berterusan." kata2 ni memang saya setuju sangat..


Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee untuk keserian SEMULAJADI, Saya perundig bertauliah anda :





 --->> PM admin untuk maklumat lanjut.                         
Pengedar Shaklee anda :

Yana Ramli, ID 933396

FB  Fanpage : Ad2u Vita Secrets

Phone : 014-938 5196 

Email : ad2ugudmomma@yahoo.com

2 ulasan:

Dylla Fadzil berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Yana Ramli berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...