Doa

"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, Kecantikan ialah kecantikan-Mu, Keindahan itu keindahan-Mu, Kekuatan itu kekuatan-Mu, Kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan Perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah waktu Dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, Limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh." Amin

Selasa, 4 Jun 2013

Rahsia Sihat Cantik Muslimah

Assalammualaikum...
Wanita & Cantik memang tak dapat nak di pisahkan.. Setuju??? Biarlah ianya cantik dari dalam maka cantiklah luarannya.. Jom Mama Yana nak kongsi rahsia sihat untuk adik2,kakak2,mommies di luar sana..

Sejak berabad yang lalu, wanita sering dikaitkan dengan kecantikan. Maka tidak hairanlah jika para gadis sanggup berbuat apa sahaja untuk kelihatan sentiasa cantik dan sihat. Pelbagai produk kecantikan dan kesihatan diaplikasikan pada wajah dan tubuh untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Namun begitu, Islam sememangnya indah. Ada beberapa cara yang anda boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian untuk kekal cantik dan sihat tanpa mengeluarkan perbelanjaan, dan paling penting mengikut cara Islam.


Cuci Wajah 5x Sehari
  •  Agar wajah anda kelihatan segar selalu, berseri-seri dan cantik, cucilah wajah dengan air wuduk sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Air wuduk tersebut jangan dilap, sebaliknya dibiarkan kering sendiri. Kemudian ambil sejadah, tunaikan solat, berzikir dan berdoalah untuk kesejahteraan dan kesihatan diri.


Bersenam Elakkan Stres
  •  Untuk menghilangkan stres atau tekanan, anda boleh bersenam. Bersenam melalui solat. Ketika anda bersolat, anda menggerakkan seluruh anggota tubuh. Dani inilah sebaik-baik senaman yang patut kita amalkan sebagai umat Islam.



Rahsia Bibir Cantik
  •  Anda ingin memiliki bibir yang cantik, mungil dan berseri? Tidak perlu oleskan dengan lipstik ataupun pelembab bibir, sebaliknya anda hanya perlu bisikkan kalimah-kalimah Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, dan juga tidak sombing dan takabur.


Dikenali dan Disayangi
  •  Agar diri anda lebih dikenali dan mempunyai ramai kawan, ucapkanlah salam kepada orang lainyang ditemui sama ada di kuliah, di pejabat ataupun di sebarang majlis. Selain memanjangkan ikatan persaudaraan sesama Islam, anda juga dapat meluaskan persahabatan. Melalui cara ini, anda akan lebih disayangi oleh orang ramai.


Tubuh Langsing Jadi Idaman
  •  Untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan kulit yang licin, anda tidak perlu mengambil ubat diet atau pil kurus. Sebaliknya, diet yang teratur dengan berpuasa sunat Isnin dan Khamis pada setiap minggu akan membuatkan tubuh anda kekal langsing dan sihat. Jangan lupa, makanlah makanan yang halal serta perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.

 

Suplemen / Makanan Tambahan (Shaklee)
  • B Complex – untuk kulit dan rambut yang sihat dan cantik.
  • Vitamin C – melindungi kulit kita daripada radikal bebas yang boleh menyebabkan kedutan pada wajah.  Ianya melindungi kulit wajah daripada terkesan dengan sinaran matahari.
  • Vitamin E with Selenium – Vitamin E Shaklee adalah kombinasi dengan selenium. Apa fungsi selenium ini? Selenium ialah mineral antioksidan yang berfungsi untuk keanjalan tisu.  Ianya juga melindungi kulit wajah dari pancaran ultraviolet (UV rays) yang boleh menyebabkan kanser kulit. 


Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee untuk keserian SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda :




 --->> PM admin untuk maklumat lanjut.                         
Pengedar Shaklee anda :

Yana Ramli, ID 933396

FB  Fanpage : Ad2u Vita Secrets

Phone : 014-9385196 

Email : ad2ugudmomma@yahoo.com

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...