Doa

"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, Kecantikan ialah kecantikan-Mu, Keindahan itu keindahan-Mu, Kekuatan itu kekuatan-Mu, Kekuasaan itu kekuasaan-Mu, dan Perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika haram sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah waktu Dhuha-Mu keagungan-Mu, keindahan-Mu, kekuatan-Mu dan kekuasaan-Mu, Limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh." Amin

Jumaat, 19 Julai 2013

6 Tips Kulit Cantik & Sihat

Assalammualaikum & Salam Jumaat ..

Sihat ke?? Alhamdullillah kita dah pun melepasi fasa pertama ramadhan.. Amacam puasa tahun ni?? dah ade yang ponteng ke??? kalau kaum hawa, opcos ada sebabnya.. ni yang kaum lelaki ni.. ape cerita pulak tak puasa..

Cantik?? sapa tak nak cantik kan?? tipu la kalau kate, "ahh lantak laa.. tak cantik pun takpe.. kulit aku memang camni.. jerawat... jeragat..." Ladies.. please ye, kite kena jage dalaman & luaran.. banyak punca2 yang menyebabkan, muka kita kusam , jerawat tajk bermaya.. Jadi ape tindakan seterusnya?? cari produk yang banyak berlambak kat pasaran?? tapi tak tau yang mana bagus.. Sebelum membeli sebarang produk, periksa dulu kandungan bahan2 nya.. Kebanyakan sekarang produk banyak di campurkan dengan bahan2 kimia & bahan terlarang.. Jadi hati2 kay..


Jom Mama Yana nak kongsi sikit pasal tips2 ni..



1. Makan makanan berkhasiat. 
  • Hindari atau kurangkan makanan yang mengandungi lemak dan berminyak. Kamu juga perlu menghindari makanan yang boleh menyebabkan punca kepada masalah jerawat dan berminyak. Contohnya kentang goreng dan minuman soda. Kamu perlu mengenalpasti makanan yang tidak perlu untuk tubuh kamu. Ini disebabkan setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza. Kalau rasa kamu makan coklat hari ni, esok timbul jerawat. Hindari dari makan coklat. Banyakkan makan buah dan sayuran.

2. Bersenam dan Minum Air Putih. 
  • Minum air putih lapan gelas sehari dan bersenam secara teratur. Siapa kata anda tidak boleh bersenam setiap hari? Kalau anda merupakan seorang suri rumah, peluang bersenam memang ada. Pastikan semasa mengemas rumah, tutup kipas atau aircond. Biarkan peluh keluar dari tubuh anda. Lakukan aktiviti menyapu, mengemas dan mop lantai sebagai rutin senaman di rumah. Selain anda sihat, rumah pun kemas kan ? jangan lupa banyakkan minum air kerana tubuh kita memerlukan air yang banyak. Kelancaran darah menjadikan kulit kembali berseri.


3. Cuci muka sebelum tidur. 
  • Biasakan anda tidur dalam keadaan bersih. Cuci muka terlebih dahulu sebelum tidur. Anda juga boleh menggunakan krim malam untuk membaiki tekstur wajah atau melembapkan kulit. Sekali seminggu gunakan pupur wajah. Jangan pula anda tidur dengan pupur wajah masih di muka!

4. Tidur yang cukup. 
  • Tidur lapan jam sehari amat penting. Ianya bertujuan untuk merehatkan badan agar sistem tubuh berjalan dengan baik. Jika anda tidak cukup tidur, anda akan menghadapi masalah jerawat dan tubuh lesu dan tidak bermaya. Selain itu, anda akan mula dikenali sebagai Pandawoman disebabkan wujud lingkaran gelap bawah mata!

5. Lindungi kulit daripada Matahari. 
  •  Penting untuk kita melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari. Ianya untuk mengelakkan muka menjadi merah, terbakar dan timbul garis kedutan. Pakai krim tabir suria sebelum anda keluar rumah setiap hari.


6. Berhenti merokok.  
  • Hey ladies! jangan merokok. Tak cun tau!

 

Wuduk adalah penawar segala kecantikan semulajadi. Jadi rajinlah berwuduk ye..
 
Untuk penjagaan dalaman kulit, perlu pemakanan seimbang. Shaklee juga menawarkan makanan tambahan iaitu suplemen Set Kecantikkan kulit khas untuk penjagaan kulit dari dalam.. 



Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee untuk keserian SEMULAJADI, Saya perunding bertauliah anda :

Yana Ramli,
SID : 933396
014 - 938 5196

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...